BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 18, 2010

kesian kat aku pulak !!


salam.
tanggal 17 oktober 2010, tarikh yang telah membuatkan aku menangis tak henti-henti dari pagi sampai lah ke malam nya...

abg datang umah aku sabtu tu, aku tahu lama dah... dua minggu lepas lagi aku dah pun diberitahu...
masahnya aku sedih campur gembira dengan kedatangan dia ke rumah aku tu..
okay, sebenarnya kedatangan dia dan keluarga dia kat umah aku sebab nak ambil anak2 buah aku tu... safuan dan sufian.. masa dia bgtahu aku dua minggu lpas, kami gaduh teruk gak sbb aku tak bg dia ambik budak2 tuh.... sdangkan family abg ada hak nak ambik budak2 tu.

mula2 mmg aku takleh terima tapi lama2 aku terima gak hakikat yang anak2 buah aku akan tinggalkn aku... nangis jgn cakap lah... terok dah nangis nya... hari ni aku still sedih dan teringat lagi kat fuan n pian..

so, semalam 17.10.2010 dalam pukul 2 petang abg dan familynya balik semula ke Perak.. abg cd pun ada gak balik sebab nk tengok anak2 dia wat kali terakhir sebab pasni takde weekend dah.. kalo ada pon kena lah balik ke Perak..

perginya safuan dan sufian dengan wajah mereka yg sangat ceria sedangkan aku, aku hantar mereka dengan linangan air mata aku. aku tahu masa tuh abg tgk aku, dia dah pesan, jgn nangis masa dia nak balik nnt.. tp nak buat macam mana, aku yang mandikan anak2 buah dia, aku yg bg makan anak2 buah dia tu, aku jugak yg tidor kn anak2 buah dia tu... mahunya aku tak sedih... aku nangis pon masa tuh kat belakang adik lelaki aku, oji. tp, dia nampak jugak walaupon dia dalam kereta..

masa aku nangis tu, aku nampak safuan pandang aku, mungkin dia tak faham knapa aku nangis masa tu... biasa lah, budak lg mana dia nak faham erti perpisahan. dalam pada aku nangis tuh. jiran aku lak wat lawak... dia ckp, Mak ayu(aku) dia tu nangis sebab safuan ke... sebab paknjang(abg/Jan) safuan?? huhuhu aku malu cmpur geram...

erm.. hari nie takde dah lah org yang smbut kepulangan aku kat depan pintu dah... takde dah gelak tawa safuan n sufian... rumah aku sunyi sangat2...

selepas 30minit Abg balik ke Perak, aku tertidur, penat kemas umah. masa mak kejut aku kul 4ptg nk balik kampung hantar oji, aku asa sunyi sangat2 dan masa tuh, satu jer lam kepala aku ni, aku harap pe yang berlaku td tu hanya mimpi je.! tp apakan daya aku, semua tu kenyataan....
jatuh la lg air mata aku masa tu...

sumpah.. aku rindukan mereka... mereka dah tinggalkn aku. walaupun pagi td Abg call aku, dan bg aku cakap dengan Pian, tp aku tetap rasa hepy sbb dorg dah hepy sgt kt sana. pian n safuan taknak ckp ngn aku.... sedihnya aku.

3bulan lebih dorg kat sana.. habis jer kursus abg cd nnt dorg balik lah umah aku semula... tp, lamanya... masa abg sibuk kemas barang letak dalam pajero, aku bawak safuan jauh2... aku cium dia puas2.. aku pelok dia puas2... adik... makyu rindu sgt kat adik... baru sehari adik kat sana... makyu rasa macam dah setahun tak jumpa anak makyu ni....

entahlah... aku kena belajar terima semua ni... kerana kata abg, satu hari nanti aku tetap akan pisah dgn safuan n sufian jugak.. ye.. betol lah tu... abg cakap tu betul sgt. askar, sampai masa kne posting, kena lah pindah... dan aku masa tuh akan hilang diorang selamanya... dan sebab tu la, abg ckp dia nak hubungan aku dan dia ni panjang.. sebab dia taknak aku putus hubungan dengan family dia dan abg cd.. paling penting aku tetap dengan anak2 buah dia... dan sebab mereka kami berusaha keras untuk memastikn hubungan ni akan berakhir dengan perkahwinan... insya Allah...

p/s : love them very much!!

(".)Jan & Ayu(.")
+1991 * 1989+

0 yang mencorat coretkan: