BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 18, 2011

kisah abang yoi


Satu hari ketika semua bz nak siapkan diri nak balik ke kampungku di pahang. Masa tu aku dalam bilik nak ambil charger hp. Tiba2


aku terdengar….


Abg yoi: ma… tengok adik ni… dia buat rosak kete abg….

(cakap dalam loghat pelat, aku translate

je)

Mymum: adik buat rosak kete abg? Nnt adik tu…. Nak kena tu….

Tak lama lpas tu adik aku masuk bilik mymum.

Mymum: adik, knapa buat kete abg yoi rosak?

Adik dah: abg yoi tu tak bg adik pinjam.

Abg yoi: adik tu sapa suruh rosakkn kete abg??

Mymum: adik ni knapa degil sgt ni??

(marah skadar nk pujuk si abg yoi. Mymum tgah pkai tudung masa tu)

Abg yoi: hmm… ikot perangai ayong la

tu.


Aku tercengang dengar dari luar bilik... Bertuah punya adik…. Aku lak yang disalahkan… sabar aje lah kn..

haa... ni lah dia adik aku yang bertuah ni.... rindu pulak kat dia... tah apalah yang dia buat skang ni kan?? huhu rindu abang yoi sangat2...


oklah nak p nanges dulu.. huhu tata...

Sunday, October 16, 2011

*hatiku Milikmu*

salam....


allu3..... anybody home??? adoi... sakitnya porut den.. huhu...

5minit later,,

weh3.... korang nak dengar citer best tak??? bace kat bawah ni ekk... hehe :P

1. aku dah konvo 15 oktober 2011, haha semalam kot... tapi story and pic aku buat entry lain hari ek....

2. tadi mak tepon... mak aku yang kat mentakab lah.. dia cakap ayah Encik Faizal tepon, suh buat kenduri nikah n tunang kat mentakab sebab tak larat nak ke kampung... apalah agaknya yang umi aku akan kata pulak nanti ek?? hmm...

3. pas satu, satu masalah aku timbul. tapi takpe kn, aku cuba hadapi gak dengan tabah.. moga Allah permudahkan jalan kehidupan aku.. Amin....

4. mak aku dah dapat cucu sulung, thats mean aku pon dah dapat anak buah.... thats a baby boy.... wahh.... i like very2 like... hehe nama diakan, haa... surprise.... mula2 kami nak namakan dia Ammar Saifullah... tapi lepas tu masa aku on the way balik KL aku tingat pulak nama anak sepupu aku pon Ammar... Cuma namanya Ammar Naufal... kami taknak nama yang sama dengan anak2 buah sedara yang lain, sebab kalo boleh biar lah kami amik nama yang orang lain dalam family takde lagi.. haa.. baru best.. best ke?? best3... so bila dah nama sama kami pon tukar lah bila dah dapat persetujuan ramai, kami pakat pilih Adham Saifullah bin Ahmad Sabri... hihi... Maksudnya adalah, Yang Cantik, Pedang allah..

5. tapikan, haha abah aku nak sangat nama cucu dia Shahrul... sebab dia kata muka Saif tu macam Shah Rukh Khan. haha tang mana pon aku tak tahu lah... masalah sebab abah aku suka tengok citer2 hindi pagal nih... sampai nama cucu pon nak letak nama hindi.. hahahahaha!! pape pon... nama Adham Saifullah tetap jadi pilihan.. Alhamdulillah... dia lahir operate je sebab takot lemas...

6. ok lah sampai sini jelah yer citer hari ni... bye2... sebab mokde dah panggil makan malam... aku lak tengah sonok ketuk keyboard ni... huhu aku malas nak g kerja esok.... tapi kena pergi jugak... oh yeah!!....

oklah papai kaviti....

+Jan&Ayu+
*1991^1989*

Thursday, October 13, 2011

*diluah mati mak, ditelan mati ayah*

salam...


mesti korang pelik tengok tajuk enty aku kali ni an? yela dah lama diamkan diri ttiba kua entry yang agak pelik bunyi nye....

aku ada berita yang gembia dan dalam masa yang sama aku ada gak sedih nya... isk3...

ptama sekali aku minta maaf pada ssapa yang salu jenguk2 blog aku ni... minta maaf sbb dah lama tak update. bukan apa aku ada banyak masalah dunia nak diceritakan... huhu... jangan kata cerita, nak lalui pon aku cuba tabahkan hati aku. mungkin kehadiran entry kali ini agak memilukan kot... hmm... kot nya lah....

alhamdulillah dah setahun hubungan aku dengan Encik Faizal... bahagia sangat bila ada sesorang yang sedia jadi pendengar masalah aku temani aku kala sedih, duka, gembira dan macam2 lagi. kami ada rancang nak bertunang. dah 2kali tertangguh. tapi aku tak kisah sebab aku tahu dia dan aku blum sedia sepenuhnya lagi.

satu hari, kami dikejutkan dengan berita anak sedara dia masuk wad sebab lelah.. dia dan mak dia dari perak datang ke pahang untuk menziarah anak sedara kesayangan dia tu.. aku pun happy sangat dia datang sebab kami susah nak jumpa. setahun 2 atau 3kali je boleh jumpa. tu pon ikot nasib, selebihnya kami cuma berhubung melalui SMS atau call je..

18 September 2011, malam masa baik dari hospital Temerloh, Encik Faizal suarakan hasrat dia pada aku yang dia nak bertunang dengan aku hujung tahun depan. thats mean bulan December 2012 lah kan.. aku happy sangat2... menangis aku dalam diam.. terasa sayu dan syahdu sebab ada juga yang sudi nak dekat aku yang tak seberapa nak sempurna ni. Alhamdulillah... syukur ke hadrat ilahi.. dan aku berpegang pada janji masa tuh supaya simpan kan hal ni buat sementara waktu. konon taknak gitau sapa lg, termasuk parents kami.

20 september 2011, masa tu aku baru sampai kampung halaman aku di Pahang, Encik Faizal call aku. yang peliknya dia minta aku pergi jauh dari kekecohan. jadi aku pon follow je instruction dia tu sebab salunya bila dia minta bukan2 ni ada sebab serius nak dibincangkan. setelah konpem jauh dari org ramai, dia pon muakan ayat dia..... "ayah abang dah jumpa calon isteri untuk abg Paid(abg Encik Faizal), dan tuan punya badan minta diberi tempoh selama 3hari untuk buat kputusan. jadi, kemungkinan kita akan nikah awal atau tunang dalam masa terdekat ni. sebab ayah ada cakap dengan abang yang dia nak nikahkan abang paid sekali dengan abang." aku terkejut dengar apa yang dia sampaikan pada aku. sungguh aku tak sangka begitu cepat Allah makbulkan doa kami!! alhamdulillah.. sekai lagi kami panjatkan kesyukuran pada-Nya yang maha Esa. malam tu juga dia minta supaya aku tak hebohkan lagi cerita tu... dia kata tunggu 3hari sampai keputusan dibuat baru dia akan bagitahu semula macam mana kisah kami nanti.

dalam masa 3hari tu aku memang tak dapat tidur lena. dan Encik Faizal marah betul dengan aku sebab terlalu memikirkan tentang pertunangan tu. sedangkan perkara tu tak pasti lagi... tapi nak buat macam mana? hati aku sebagai seorang perempuan, aku risau sangat2 sebab macam2 yang aku fikirkan... tentang umi, tentang mak, abah.... entah lah... pelik gak, orang lain yang nak buat keputusan aku ak yang gelabah.. hehe

maka hari yang ditunggukn pon tiba. tak sangka keputusan yang diberi agak mengejutkan dan tak sangka. gadis tersebut terima lamaran untuk dijodohkan dengan abang paid... dan malam tu Encik Faizal call aku dan mengesahkan bahawa kami perlu mendirikan mahligai pada usia muda... dan aku terima ia seadanya... bagi aku nikah muda pon apa salahnya... banyak kebaikan nya... kalau orang fikir nikah muda tu srabot kepala, bagi aku dan Encik Faizal pulak lain. kami tak fikir ia membebankan sebab kami cuba buktikan yang tak semua kahwin muda tu serabut....

hari demi hari berlalu tak sangka hari yang kami tunggu makin dekat. tapi... apa kaitan dengan entry aku tu? hmm... begini kisahnya... cerita ni bukan lah bertujuan mengaibkan orang lain... atau keluarga aku sendiri, tapi aku buntu,,, aku harus kongsi bersama korang supaya nanti boleh jadi teladan bagi semua.

aku diahirkan tanpa kenal siapa ayah kandung aku. malah aku dibintikan Abdullah. aku lahir di pahang dan tak dibesarkan oleh umi(Ibu kandung) aku. lpas dia ahirkan aku, dia dapat tawaran kerja dan dia pon pergi... aku plak ditinggalkan bersama makcik2 dan pakcik2 aku di kampung. arwah nenek dan arwah atuk aku yang jaga masa tuh. makcik2 dan pakcik2 aku masa tuh sekolah lagi dan mereka turut menjaga aku.. aku kecik masa tuh, tak tahu apa. aku tak knal sapa mak kandung aku, sapa bapa aku.. tapi aku teruskan juga hidup aku diatas muka bumi ni. sampai masa arwah nenek aku pon pergi kerana Allah lebih sayangkan dia.. dan aku membesar dengan kasih sayang pakcik2 dan makcik2 aku. diorang kata umi aku tak bagi sesen pon upah untuk dorg jaga aku masa kecil. ada gak yang kata mereka sampai gadai macam2 untuk besarkan aku. tapi dorg jaga aku pon tak ama dari bayi sampai usia aku 4tahun agaknya. kemudian aku dijaga pulak oleh makcik aku yang aku mesra panggil makmok. makmok ada anak ramai... dia jaga aku pon umi aku tak bagi duet. jangan kata duet, aku tak ingat langsung yang umi aku ada atau tak balik jumpa aku, tengok aku, atau call aku tanya kabar tentang diri aku. aku hidop macam tade pape yang berlaku dalam hidop aku. hidop macam aku kanak2 normal yang lain.

umur aku 6tahun, aku pindah melaka, duduk pulak dengan pakngah aku. sekolah sana 2tahun je. tadika dan darjah satu. ada makcik aku kata, dia jaga nak duit je... pernah satu ketika dia pergi kenduri tak bawa baju aku dan kepala aku dibotakkan. aku asa mungkin masa tu aku ada kutu kot. pasal lupa bawa baju aku pulak, mungkin dia betol2 lupa.. dan aku tak salahkan dia dan aku maafkan dia.

umur aku 8tahun, aku pindah lagi duduk di Jengka 6 pahang. duduk dengan maklong aku. mula2 seronok tapi lama2 aku diuji lagi. usia 8tahun aku tak macam orang lain. aku banyak main sendiri dan tak berapa bergaul dengan orang. kat sini aku banyak kenangan pahait sampai aku ada kisah hitam. tapi umi aku tak pernah nak ambik tahu tentang aku. aku dibiarkan sendiri. aku salu nangis minta dia datang ambik aku. tapi aku nangis tu pon cuma sia2.... aku tunggu dia datang tapi tade pon... masa aku umur 7tahun umi aku kahwen lagi. hubungan aku dengan ayah tiri aku tak baik. dia salu cri pasal dan cuba sakitkan aku. tapi aku tak kisah. sebab masa tu aku dah faham jalan hidup aku. aku redha. walaupon baru 7tahun tapi aku knal dah umi aku. dan aku tak pernah panggil dia dengan panggilan umi, mama, mak atau apa saja panggian seorang anak buat ibunya. aku panggil dia MAKCEK. sama macam panggian yang anak2 sedara dia panggi dia.

umur aku 9tahun. masa tu aku ingat sangat. tade orang nak jaga aku dah. maklong aku dah fed up dengan pangai aku. dan dia tanak jaga aku dah. so dia pulangkan aku kat kampung. umi aku buntu tak tahu nak suh sapa jaga aku. tanya makcik2 aku dan pakcik2 aku yang jaga aku masa kecik dulu, dorang pon tanak jaga aku dah. sebab masing2 dah kawen, ada anak. alasan, ada tanggungjawab lain nak jga, suami tak bagi jaga aku dan macm2 lagi... sedih nya aku... dibuang macam tu jer.... aku nampak sendiri diusia 9tahun macam mana orang layan aku. dan aku redha... takpe itulah jalan yang tertulis buat aku. dan aku terima.

dikala ini lah hadir seorang insan yang sanggup ambil aku, kutip aku dan jaga aku. hidop dia pon tak senang macam orang lain. ada anak 3orang. ada suami. tapi dia sudi jaga aku... sudi terima aku dan sudi kutip aku. malah mengaku aku sebagai anak dia walaupon aku datang dari hasil yang tak baik. dia sanggup tebal muka malu jaga aku. apasaja orang kata tentang aku dia cukup kuat lindungi aku. tulah dia makteh aku. hubungan aku dengan dia hanya lah sebagai anak saudara dan ibu saudara. tapi aku panggil dia MAK. dia jaga aku dari aku tak pandai mmbaca, mengeja, menulis dan sehingga lah aku sekarang pemegang diploma kesetiausahaan Eksekutif. graduan dari kolej antarabangsa ikip, kuantan pahang!! dia lah yang aku panggil mak. dia lah tempat aku mengadu, tempat aku bermanja. umi aku jarang sangat nak datang jumpa aku kat umah mak. tapi dia salu balik kampung. nak ikotkan, kampung aku dengan umah mak tak jauh mana pon. mentakab dan karak, tak jauh pon.... tapi tiap minggu mak tetap bawak aku balik kampung. dapat juga aku jumpa umi aku. tapi aku sedih. umi aku buat sikap selamba je. tade pon nak pelok aku ke, cium aku ke.... ye... aku harap sangat2... tapi semua tu angan2 jer.... takpelah.... aku tahu dia malu dan segan dengan aku.

sampai satu masa aku bagi tahu umi aku, aku nak bertunang. umi aku pon trus buat keputusan minta hantaran RM10K sedangkan Encik Faizal tu cuma kerja kampong jee. sedangkan maksu aku bakal berkahwin dengan orang ketiga penting dalam syarikat pon minta hantaran RM7K je.... gaji bakal paksu aku lagi tinggi dari gaji Encik Faizal malah lebih berganda. tapi maksu aku tak minta pon sampai RM10K.

dan umi aku dan mak aku bermasam muka sebab rebut nak buat kenduri kat mana. umi aku nak buat kat kampung. mak aku dah tentu nak buat kat mentakab. masa nilah buka cerita yang mak aku tu tak elok lah apalah.... dan masa tu lah makcik kat kampung aku kata umi aku tu banyak korban sebab aku. mana korban nya??? saat aku nangis tunggu dia, dia mana?? ye aku marah sangat ngan umi aku sebab dia abaikan aku. dia duduk sebumbung dengan aku bila aku dah kerja. bila gaji aku dah sampai RM1000++.... dan makcik aku kat kampung pon macam tu gak.... mengaku bela aku bergadai macam2... masalah nya setahu aku dia tade langsung jaga aku. seingat aku, makcu dan mokde je jaga aku. dia puak menyakitkan aku lagi adalah. mengata mak aku yang bela aku tu macam2.... aku tak tahu knapa dorang macam tu...

masa aku lahir, malu nak terima aku. bia aku dah keja dan nak kahwen, tak malu pulak nak buat majlis nikah aku grand2.... mana pergi rasa malu dia??? mak aku menangis sebab terluka hati dia umi aku langsung tak bincang dengan dia tentang majlis aku tu. sikit pon tak tanya pendapat mak aku. kalau dia hormat mak aku, kakak dia, orang yang sudi kutip aku sebagai anak, dia patot bincang dulu dengan mak. tanya pendapat mak. nak buat mana, berapa hantaran... tapi tak pon... terus buat kputusan melulu.... alhamdulillah... aku kuat aku tabah harungi semuanya sebagai siti khadijah binti abdullah diatas muka bumi Allah ni. aku tanya pendapat semua orang, ramai yang kata buat kat umah mak aku sebab dia bela aku. susah senang semua dia yang tanggung. tapi umi aku lak cakap, mak aku bela aku tu, dia bagi duit tiap bulan!! abis, dia ingat bagi duit tiap bulan tuh boleh lah sesuka ati dia nak buat pape pon??? bukan tiap bulan pon dia bagi. masa dia g kursus lama tu dia tak bagi duit, mak aku tak kata apa pon. apa yang dorg makan, aku makan. apa yang anak2 mak pakai, aku pon pakai. susah senang sama2 mak sama2 abah. tapi umi aku pikir ke semua tuh???

umi aku terlalu lebihkan anak angkat dia yang 2org lagi tuh. sekarang ni dorg dok kat kampung.sekolah kat kampung, tiap minggu umi aku sanggup balik tengok dorang. penuh satu keta beli macam2 makanan nak bagi makan anak2 kesayangan dia tuh kat kampung. sedangkan aku dulu kat mentakab tuh jangan kata datang, nak jenguk dan call pon susah!! nak bawak makanan datang umah mak aku?? lagi lah haram jadahnya!! aku tak dendam ngn umi aku. tapi aku sedih dengan sikap dia. terlalu abaikan perasaan aku. dan dia nak aku jaga hati dia, sedangkan dia biarkan aku hidop sorang atas muka bumi ni. umi aku abaikan aku selama bertahun2... memang aku ngaku dia memang tanggung aku belajar kat kolej, kat sekolah. tapi dia susah sangat nak bagi aku duit bila aku betul2 susah... aku tak pentingkan duit. tapi aku nak dia bagi aku kasih sayang dia. peluk lah aku macam dia pelok adik2 aku... cium lah aku macam dia cium adik2 aku. belailah aku macam dia belai adik2 aku. aku ingat lagi, balik penang raya umah mak mentua dia, mak aku ngaku aku ni anak dia bukan anak umi aku. tah2 sampai skang mak mentua umi aku tak tahu yang aku ni anak kandung umi aku.

apalah daya aku nak tolak takdir tuhan? aku terima seadanya walau hati aku pedih dan terluka. cuma aku mohon diberi petunjuk pada umi aku agar dia bertaubat dan lembut hati dan fikir semula apa yang mak aku dah korbankan selama jaga aku. mak aku bagi aku makan, jaga aku sakit, kalau mak aku tak marah aku tak pukul aku aku tak kan pegang diploma aku. aku takkan kerja sampai dapat gaji beribu. aku tak kan dapat tengok dunia hari ni. andai masa tu mak aku tak kutip aku, fikirlah, mana aku sekarang?? apa kehidupan aku sekarang?? sampai hari ni umi tak bincang lagi dengan mak. aku tak tahu kenapa. kalau pon ada masalah dengan mak aku. kot salah paham pon, lembut lah hati, itu kakak umi aku, fikir lah jasa dia bela aku selama bertahun, rawat aku selama bertahun. setiap pagi raya, dari umur aku 9 tahun sampai sekarang, aku mesti raya dengan mak dan abah sebab dari kecik aku dok dengan dorang. anak2 mak aku dah aku anggap adik beradik aku. hubungan kami rapat sangat2.... tapi semua ni berubah sebab sikap umi aku yang pentingkan adik2 dia kat kampung tu. dengar sangat cakap orang tanpa selidik asal usul.

niat hati aku, aku nak nikah dan tunang kat mentakab. umah yang aku dibesarkan dan dijaga.

tamat

doakan supaya hidup mereka akan aman dan sentiasa dirahmati ALLAH... aku maafkan mereka semua sebab aku cuma insan yang tak sempurna dsisi-NYA.